SYABAS MURID TAHUN 1 KERANA HADIR KE SEKOLAH~
Berasa bangga dengan murid sekolah ini sebab acapkali kita menonton di berita tentang permulaan hari persekolahan, bermacam-macam ragam semasa memasuki Kelas Tahun 1. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, murid Tahun 1 pada 2017 ini semuanya aktif dan memberi kerjasama apabila guru mengambil gambar mereka. Masing-masing menunjukkan kecomelan yang mereka miliki.
Senyumlah selalu~ |
Yang lelaki tu lain macam je tengok perempuan kat depan tu? |
"Tidak ada yang menangis malah semua tersenyum lebar dan begitu bersemangat pada hari pertama ini! Alangkah menakjubkan?! "
Faktor terutama mungkin kerana mereka berlapan ini memang dah rapat mulai dari Pra-sekolah lagi.. Maklumlah, dua tahun bersama dalam kelas Pra-sekolah dan kini sama-sama melangkah ke Tahun 1~
Pesanan : "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"...Semoga murid sekalian dapat belajar dengan baik dan menerima didikan guru dengan jayanya!