Tuesday 28 July 2015

Lawatan Kembara Sejarah SK Tepoi dan SK Gahat Mawang

Pada 24 Julai 2015, SK Tepoi dan SK Gahat Mawang telah mengadakan satu lawatan yang dipanggil Program Kembara Sejarah yang dianjurkan di bawah panitia sejarah sekolah masing-masing. Program lawatan ini telah dihadiri seramai 38 orang murid dan 10 orang guru yang melibatkan kedua-dua buah sekolah. Program Lawatan Kembara Sejarah ini telah melawat Kampung Budaya Sarawak,Muzium dan sekitar Bandaraya Kuching.

Di antara matlamat program ialah murid-murid dapat memerhatikan  bahawa apa yang di pelajarinya  di dalam  buku adalah  sama dengan situasi  yang sebenarnya tentang sejarah dan juga tempat yang menjadi tumpuan  pelancong di negara kita.Program Kembara Sejarah merupakan salah satu daripada sistem sokongan tersebut. Program ini merupakan satu aktiviti lawatan ilmiah ke stesen sejarah serta menguji kefahaman murid dengan pertandingan yang bersesuaian.

Bagi tujuan program pula, lawatan ini bertujuan untuk
       a)   memantapkan pembelajaran murid dalam mata pelajaran Sejarah.
       b)   mempelbagaikan kaedah PdP mata pelajaran Sejarah.
       c)   menarik minat dan meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan mata  
             pelajaran Sejarah.
      d)    melahirkan modal insan yang mempunyai kematangan tingkah laku dan semangat
             patriotisme yang tinggi.
      e)   menjalinkan kerjasama dua hal dengan pihak luar seperti Persatuan Sejarah 
            Malaysia, Muzium Negara, Arkib Negara dan badan-badan bukan kerajaan.

Antara tempat-tempat yang dilawati oleh rombongan.
 
 Rumah Panjang Iban.

 Rumah Orang Ulu

 Muzium Negeri Sarawak

Lawatan program kembara sejarah ini telah mencapai objektifnya dan menyuntik semangat murid untuk menanam minat tentang sejarah bangsa dan negara sendiri disamping menanam semangat patriotisme yang tinggi di dalam diri murid tersebut. Disamping itu juga lawatan ini juga dapat membuka minda murid disamping memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi sejarah kehidupan manusia, hasil tinggalan sejarah dan tempat-tempat bersejarah yang ada di tempat kelahiran mereka sendiri iaitu Negeri Sarawak. Pihak pengurusan sekolah dan semua guru-guru pengiring mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kembara sejarah yang julung kali diadakan ini. Sokongan idea, material dan moral semua pihak telah menjayakan program lawatan ini.
  Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Serian, Guru Besar Sk Tepoi dan Sk Gahat Mawang, Semua guru-guru pengiring, Persatuan Ibu bapa dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bangi menjayakan program ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan.

Jumpa lagi tahun depan.....

3 comments:

  1. TERBAIK CIKGU AMAT..U MEMANG SUPERB..!!TAHNIAH

    ReplyDelete
  2. Tq alpoknik...nnt sy belanja makan..ehhehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah dengan pelaksanaan Program Lawatan Kembara Sejarah SK Tepoi dan SK Gahat Mawang.

    Sudah pasti kertas kerja ini akan dijadikan sebagai rujukan kepada yang berkenaan.

    Awesome Tuan Amat Santeh & Krew SK Tepoi!

    ReplyDelete

Popular Posts

Powered by Blogger.