Pada 24 Julai 2015, SK Tepoi dan SK Gahat Mawang telah mengadakan satu lawatan yang dipanggil Program Kembara Sejarah yang dianjurkan di bawah panitia sejarah sekolah masing-masing. Program lawatan ini telah dihadiri seramai 38 orang murid dan 10 orang guru yang melibatkan kedua-dua buah sekolah. Program Lawatan Kembara Sejarah ini telah melawat Kampung Budaya Sarawak,Muzium dan sekitar Bandaraya Kuching.
Bagi tujuan program pula, lawatan ini bertujuan untuk
Di antara matlamat program ialah murid-murid dapat memerhatikan bahawa apa yang di pelajarinya di dalam buku adalah
sama dengan situasi yang sebenarnya tentang sejarah dan juga tempat yang
menjadi tumpuan pelancong di negara
kita.Program Kembara Sejarah merupakan salah satu daripada sistem sokongan
tersebut. Program ini merupakan satu aktiviti lawatan ilmiah ke stesen sejarah
serta menguji kefahaman murid dengan pertandingan yang bersesuaian.
a) memantapkan pembelajaran
murid dalam mata pelajaran Sejarah.
b) mempelbagaikan kaedah PdP
mata pelajaran Sejarah.
c) menarik minat dan
meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan mata
pelajaran Sejarah.
d) melahirkan modal insan yang
mempunyai kematangan tingkah laku dan semangat
patriotisme yang tinggi.
e) menjalinkan kerjasama dua
hal dengan pihak luar seperti Persatuan Sejarah
Malaysia, Muzium Negara, Arkib Negara dan
badan-badan bukan kerajaan.
Antara tempat-tempat yang dilawati oleh rombongan.
Rumah Panjang Iban.
Rumah Orang Ulu
Muzium Negeri Sarawak
Lawatan
program kembara sejarah ini telah mencapai objektifnya dan menyuntik
semangat murid untuk menanam minat tentang sejarah bangsa dan negara sendiri
disamping menanam semangat patriotisme yang tinggi di dalam diri murid
tersebut. Disamping itu juga lawatan ini juga dapat membuka minda murid
disamping memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi
sejarah kehidupan manusia, hasil tinggalan sejarah dan tempat-tempat bersejarah
yang ada di tempat kelahiran mereka sendiri iaitu Negeri Sarawak. Pihak pengurusan sekolah dan semua guru-guru pengiring mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan program kembara sejarah yang julung kali diadakan ini. Sokongan
idea, material dan moral semua pihak telah menjayakan program lawatan ini.
Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Serian, Guru Besar Sk Tepoi dan Sk Gahat Mawang, Semua guru-guru pengiring, Persatuan Ibu bapa dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bangi menjayakan program ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan.
Jumpa lagi tahun depan.....