Tuesday, 3 January 2017

PERMULAAN HARI PERSEKOLAHAN!

SYABAS MURID TAHUN 1 KERANA HADIR KE SEKOLAH~

    Berasa bangga dengan murid sekolah ini sebab acapkali kita menonton di berita tentang permulaan hari persekolahan, bermacam-macam ragam semasa memasuki Kelas Tahun 1. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, murid Tahun 1 pada 2017 ini semuanya aktif dan memberi kerjasama apabila guru mengambil gambar mereka. Masing-masing menunjukkan kecomelan yang mereka miliki.

Senyumlah selalu~
Yang lelaki tu lain macam je tengok perempuan kat depan tu? 
"Tidak ada yang menangis malah semua tersenyum lebar dan begitu bersemangat pada hari pertama ini! Alangkah menakjubkan?! "

Faktor terutama mungkin kerana mereka berlapan ini memang dah rapat mulai dari Pra-sekolah lagi.. Maklumlah, dua tahun bersama dalam kelas Pra-sekolah dan kini sama-sama melangkah ke Tahun 1~

Pesanan : "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"...Semoga murid sekalian dapat belajar dengan baik dan menerima didikan guru dengan jayanya!

Thursday, 19 May 2016

SELAMAT HARI GURU 2016

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI SK TEPOI DAN YANG TELAH BERTUGAS DI SK TEPOI. SEMOGA TAHUN INI SK TEPOI AKAN MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM UPSR YANG AKAN DATANG. TEMA HARI GURU TAHUN INI       "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA". TEMA HARI GURU TAHUN INI SANGAT BERTEPATAN DENGAN MOTO SEKOLAH KITA IAITU BERSEMANGAT, CERIA DAN FOKUS DALAM MENJALANKAN TUGAS UNTUK MENCAPAI KPI YANG TELAH DITETAPKAN.

SELAMAT HARI GURU

#TERIMA KASIH CIKGU.

Sunday, 18 October 2015

Warga Tepoi

Selamat petang dan salam sehati sejiwa buat semua warga sk tepoi. Apa khabar semua? Harap semua sihat...(Jiwang pula petang ini) ehhheheehe....mode boring...

Disini, saya ingin mengumumkan esok ( 19 Oktober 2015 ) adalah cuti darurat yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Jerebu yang melanda sekarang ini di kawasan kita..

Saya harap semua agar dapat menjaga kesihatan masing-masing dan banyakkan minum air kosong.

sekian, dari penaja..

selamat malam...

admin.

Tuesday, 28 July 2015

Lawatan Kembara Sejarah SK Tepoi dan SK Gahat Mawang

Pada 24 Julai 2015, SK Tepoi dan SK Gahat Mawang telah mengadakan satu lawatan yang dipanggil Program Kembara Sejarah yang dianjurkan di bawah panitia sejarah sekolah masing-masing. Program lawatan ini telah dihadiri seramai 38 orang murid dan 10 orang guru yang melibatkan kedua-dua buah sekolah. Program Lawatan Kembara Sejarah ini telah melawat Kampung Budaya Sarawak,Muzium dan sekitar Bandaraya Kuching.

Di antara matlamat program ialah murid-murid dapat memerhatikan  bahawa apa yang di pelajarinya  di dalam  buku adalah  sama dengan situasi  yang sebenarnya tentang sejarah dan juga tempat yang menjadi tumpuan  pelancong di negara kita.Program Kembara Sejarah merupakan salah satu daripada sistem sokongan tersebut. Program ini merupakan satu aktiviti lawatan ilmiah ke stesen sejarah serta menguji kefahaman murid dengan pertandingan yang bersesuaian.

Bagi tujuan program pula, lawatan ini bertujuan untuk
       a)   memantapkan pembelajaran murid dalam mata pelajaran Sejarah.
       b)   mempelbagaikan kaedah PdP mata pelajaran Sejarah.
       c)   menarik minat dan meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan mata  
             pelajaran Sejarah.
      d)    melahirkan modal insan yang mempunyai kematangan tingkah laku dan semangat
             patriotisme yang tinggi.
      e)   menjalinkan kerjasama dua hal dengan pihak luar seperti Persatuan Sejarah 
            Malaysia, Muzium Negara, Arkib Negara dan badan-badan bukan kerajaan.

Antara tempat-tempat yang dilawati oleh rombongan.
 
 Rumah Panjang Iban.

 Rumah Orang Ulu

 Muzium Negeri Sarawak

Lawatan program kembara sejarah ini telah mencapai objektifnya dan menyuntik semangat murid untuk menanam minat tentang sejarah bangsa dan negara sendiri disamping menanam semangat patriotisme yang tinggi di dalam diri murid tersebut. Disamping itu juga lawatan ini juga dapat membuka minda murid disamping memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi sejarah kehidupan manusia, hasil tinggalan sejarah dan tempat-tempat bersejarah yang ada di tempat kelahiran mereka sendiri iaitu Negeri Sarawak. Pihak pengurusan sekolah dan semua guru-guru pengiring mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kembara sejarah yang julung kali diadakan ini. Sokongan idea, material dan moral semua pihak telah menjayakan program lawatan ini.
  Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Serian, Guru Besar Sk Tepoi dan Sk Gahat Mawang, Semua guru-guru pengiring, Persatuan Ibu bapa dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bangi menjayakan program ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan.

Jumpa lagi tahun depan.....

Tuesday, 7 July 2015

Program Taklimat Grow Peringkat sekolah.

Pada 07/07/2015 bersamaan pada hari Selasa, SK Tepoi telah mengadakan bangkel Grow peringkat sekolah. Semua maklumat berkenaan dengan UPSR bermula dari tahun 2009-2014 telah dibincangkan oleh semua guru-guru yang terlibat terutamanya yang mengajar kelas tahun 6.
Senarai guru yang terlibat dengan taklimat Grow seperti berikut :-
1. En John (GB)
2. En Moriss (PK1)
3. En Max (PK KK)
4. En Minik (PK HEM)
5. En Muhammad Hanif (SU Peperiksaan)
6. En. Pang Sin
7. En Amat
8. Pn Presilla
9. Pn Adeline
10. Pn Ierene
11. Pn Mary
12. Pn Sinai

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah menghadiri taklimat tersebut.

bye...Jumpa lagi...

SK TEPOI........"BISMAH KA 1 TUJUAN"

Popular Posts

Powered by Blogger.